Misteri Trompet Sangkakala Versi Agama Islam!!!

Sangkakala ataupun disebut dalam
sebutan bahasa Arab, ‘Ash-shur’ yang
bermaksud tanduk akan ditiup oleh
malaikat Israfil apabila berlakunya hari
kiamat nanti. bagaimanakah rupa
sangkakala, berapakah besarnya dan
dimanakah ia berada?
Pada tahun 2005, sekumpulan astronomi
yang diketuai oleh Profesor Frank Steiner
dari University of Ulm, Jerman, menemui
sesuatu yang mengejutkan di alam
semesta.
Selama ini, banyak orang berpendapat
bahawa alam semesta berbentuk bulat,
mendatar, tidak terbatas dan tiada
penghujung.
Namun, dengan menggunakan Wilkinson
Microwave Anisotrophy Probe (WMAP),
alat untuk melihat kosmologi secara
keseluruhan, mereka menemui bahawa
alam semesta adalah seperti bentuk
tanduk atau corong di mana hujungnya
semakin mengecil.
Mereka mengamati bahawa bagian ujung
corong itu merupakan alam semesta yang
tidak boleh diamati (Unobservable).
Manakala dibagian depan corong pula
adalah tempat di mana terletaknya bumi
dan seluruh sistem suria dipercayai alam
semesta yang masih boleh dilihat
(Observable).
Penemuan itu telah membantu para
saintis dalam menjawab beberapa
persoalan penting tentang sejarah masa,
ruang dan segala sesuatu di alam
semesta.
Nabi Muhammad SAW pernah ditanya
seperti mana dalam hadis yang
diriwayatkan Al-Tarmizi daripada
Abdullah bin Amr berkata: Datang
seorang Badui bertanya kepada Nabi,
“Apakah itu sangkakala?” Nabi menjawab,
“Sangkakala itu seperti tanduk yang ditiup
padanya.”
Sebagian ulama seperti yang disebutkan
oleh Ibnu Hajar dalam Fathul Bari
berkata: “Peniup sangkakala itu ialah
malaikat Israfil sebagai menandakan
permulaan kehancuran yang hebat.
Dalam kitab Al-Mustadrak, terdapat
sebuah hadis riwayat Abu Hurairah r.a
bahawasanya, Nabi pernah
menggambarkan bagaimana keadaan
Israfil.
Baginda bersabda: “Sesungguhnya mata
malaikat peniup sangkakala selalu melihat
ke Arsy tanpa berkelip. Bersiap siaga
sejak hari diserahkan tugasnya, kerana
dia takut ketika diperintahkan, dia sedang
berkelip dan leka. Kedua matanya
bagaikan dua bintang yang sangat terang.”
Al-Qur’an juga jelas menggambarkan
tiada sesuatu pun yang mengetahui bila
kiamat akan terjadi, sedangkan ia berlaku
tatkala manusia sedang sibuk melayani
urusan dunia. Adapun sebagai peringatan
kepada manusia, Nabi bersabda, “Tidak
akan terjadi hari kiamat kecuali pada hari
Jumaat.”
Atas perintah Allah, maka sangkakala
akan ditiup oleh malaikat Israfil sebanyak
dua kali. Tiupan pertama dipanggil
kehancuran dan tiupan kedua ialah
kebangkitan.
  “Dan ditiuplah sangkakala, maka matilah
siapa yang di langit dan di bumi kecuali
siapa yang dikehendaki Allah. Kemudian
ditiup sangkakala itu sekali lagi, maka
tiba-tiba mereka berdiri menunggu
keputusannya masing-masing.” (Surah Az-
Zumar, ayat 68).
Daripada hadis Sahih Muslim, Nabi
bersabda: “Yang mula-mula mendengar
tiupan itu ialah lelaki yang sedang
membuat takungan air untanya. Ketika
dia sedang sibuk bekerja dan sangkakala
ditiup, tengkuknya akan terbengkok.”
Jarak tiupan pertama dan kedua juga
tidak diketahui dengan tepat. Adapun
diriwayatkan dalam hadis Bukhari dan
Muslim, Abu Hurairah r.a berkata: “Jarak
antara dua tiupan angin itu 40.” Anak
buahnya bertanya, “Wahai Abu Hurairah,
adakah ia 40 hari?” Abu Hurairah berkata,
“Aku enggan menjawab.” Mereka
bertanya lagi, “Adakah ia 40 bulan?” Abu
Hurairah berkata, “Aku enggan
menjawab.” Mereka bertanya lagi,
“Apakah ia 40 tahun?” Abu Hurairah
berkata, “Aku enggan menjawab.”
Kemudian, selepas berlaku tiupan
pertama, Allah menurunkan hujan. Nabi
bersabda: “Lalu Allah menurunkan hujan,
sehingga mayat-mayat tumbuh (bangkit)
seperti tumbuhnya tanaman sayuran.
Tidak ada satu bagian tubuh manusia
kecuali semuanya telah hancur selain satu
tulang, yaitu tulang ekornya dan dari
tulang itulah jasad manusia akan di susun
kembali pada hari kiamat.” (Hadis Riwayat
Sahih Muslim).
Bagaimana Allah menjadikan bunyi
daripada tiupan sangkakala sehingga
dapat menyebabkan kehancuran dan
kematian telah dikaji oleh saintis.
Didapati tatkala bunyi suara sampai ke
120 desibel, pada masa itu telinga kita
akan berasa sakit. Kemudian, apabila
sampai ke 150 desibel, ia akan
menyebabkan gegaran dalam jantung dan
sukar untuk bernafas. Apabila sampai ke
200 desibel, ia boleh mengakibatkan
paru-paru manusia pecah. Dan sekiranya
bunyi melebihi daripada itu, otak akan
hancur lalu menyebabkan kematian.
“Wahai Ahli Kitab! Sesungguhnya telah
datang kepada kamu Rasul Kami
(Muhammad SAW) dengan menerangkan
kepada kamu banyak dari (keterangan-
keterangan dan hukum-hukum) yang
telah kamu sembunyikan dari Kitab Suci
dan Dia memaafkan kamu (dengan tidak
mendedahkan) banyak perkara (yang
kamu sembunyikan). Sesungguhnya telah
datang kepada kamu cahaya kebenaran
(Nabi Muhammad) dari Allah dan sebuah
Kitab (Al-Qur’an) yang jelas nyata
keterangannya. (Surah Al-Maidah, ayat 15)

Related Posts

Load comments

Comments

  1. Yuk Merapat Best Betting Online Hanya Di AREATOTO
    Dalam 1 Userid Dapat Bermain Semua Permainan
    Yang Ada :
    TARUHAN BOLA - LIVE CASINO - SABUNG AYAM - TOGEL ONLINE ( Tanpa Batas Invest )
    Sekedar Nonton Bola ,
    Jika Tidak Pasang Taruhan , Mana Seru , Pasangkan Taruhan Anda Di areatoto
    Minimal Deposit Rp 20.000 Dan Withdraw Rp.50.000
    Proses Deposit Dan Withdraw ( EXPRES ) Super Cepat
    Anda Akan Di Layani Dengan Customer Service Yang Ramah
    Website Online 24Jam/Setiap Hariny

    ReplyDelete